Thursday, 7 July 2011

PENDENGAR

Aku seorang pendengar, mendengar dan terus mendengar,
tanpa bangkaan aku terus mendengar,
mendengar dengan penuh kesabaran,
mendengar dengan tiada hebahan,
mendengar kemudian melupakan,
namun kau terus meluahkan,
tanpa sebarang segan,
kerana luahan mampu manyenangkan,
menyenangkan minda, dan perasaan,
meredakan sebak di dada yang tak tertahan,
meredakan air mata yang berlinangan
dan dapat meredakan keresahan..
dan aku masih mendengar,
mendengar setiap keluhan,
setiap sesalan,
dan keinsafan...
kata semangat ku cuba ucapkan
kau cuba menerima sebagai pegangan
akhir nyew kau layu dipelukkan..
hati kau penuh dengan kelegaan,
kerana masalah sudah hilang dalam luahan,
kau bangun dengan kekuatan,
dan kembali semula ke jalanan kehidupan,
dan kau hanya perlu mengubah haluan,
dan aku hanya sebagai teman,
dan aku akan mendengar bila kau perlukan.

No comments:

Post a Comment